Followers

03 December 2012

-IRFAN MIRZA YUSOF-

ASSALAMUALAIKUM :)

-aku mula berangkat dengan dia 29 august 2012.
-sekarang dah masuk 3 bulan. (3/12/2012) 
-budak yang manja, sporting, pandai jaga hati.

gambar ni aku amek dari fathihah. dia amek. aku yg suruh padahal. hheheh. waktu ni , class malam terakhir diorang


-faried fitri fakhri irfan- 

tak tau ni time bila. i jez hate the boy who are in the blue shirt. errghh -_-

-adek dengan fitri zulkifli. -

 -adek dengan ain atikah<kak angkat dia> -
dorang ni muka sama kan? haha. jeles aku. bagus la. lagipun ain ni rapat dengan fathihah. senang aku nak tanya pasal fathihah.


ASSALAMUALAIKUM :)

 

02 December 2012

New Life :)

ASSALAMUALAIKUM ! :)

it's been a long time aku tak update blog. hehehhe. sekarang ni, no more SMK HAMZAH, no more ASHRAN. sekarang ni lembaran baru. cerita baru. *eventough dah habis sekolah* haha :D

SMK ABDUL SAMAD.

 -sekolah baru. check in sekolah tu 01.07.2012. check out 29.11.2012. hmmm. sekolah yang banyak sangat memories. kawan yang sangat sangat sporting. syafiq, pokyie, firza dll. i'll remember u guys. forever!
-kat sini aku kenal irfan, fathihah, dan essma.

*jengjengjeng*

MOHAMAD IRFAN MIRZA BIN YUSOF.

-15 y/o.
-adk angkat baru aku. huhuh. pengganti ashran :)
-he likes yellow, and baca so much.
-same macam aku, suka snickers. muehehehe :3
-budak ni has a nice smile.
-irfan yang hujung sekali. alaa. hop semak semak tuhh. yolow laa. :p
-aku start berangkat ngan die 29 august 2012. on my birthday! haha.

okayy. tu jea. bye:)

ASSALAMUALAIKUM!

01 December 2012

Keep Calm ^_^

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.